![]() |
| Khairul Fahmi Che Mat |
Tapi tidak tahu apa silapnya, pemain Harimau muda ini semakin di landa kontroversi. Tidak pasti sama ada kelalaian dan kekhilafan sendiri atau ia adalah perbuatan musuh dalam selimut. Mari kita lihat sedikit khabar angin yang tak sedap untuk di dengar.
Kisah 1:
Kontriversi dirinya yang putus tunang. Kes ini sangat mengejutkan kerana tidak sangka sama sekali majlis tunang mereka yang bertemaka arabic itu tidak bertahan lama. lebih menghangatkan apabila hal pembatalan pertunangan tidak di lakukan dengan sempurna dan kes putus tunang di kaitkan dengan isu orang ketiga .
Kisah 2:
Penyebaran foto-foto Apek dan Dahlia Teck yang di akui oleh Apek sebagai adik sahaja. Kemudian di ikuti dengan beberapa penyebaran foto lain.
Kisah 3:
Penyebaran foto Apek dan Shida Harmi.
Pada saya apabila menjadi public figure memang tidak akan terlepas daripada semua gosip murahan ini. Tapi hal ini tidak akan berlaku jika kita sebagai orang Melayu yang beragama ISLAM mengamalkan cara hidup yang berlandaskan Al-Quran dah Sunnah Rasulullah. Walaupun satu demi satu masalah dapat dirungkai tapi ia tetap mencalarkan maruah Apek. Pada saya, gosip-gosip ini berlaku kerana Apek sendiri. Hal ini kerana perangai dan sikapnya seolah-olah membenarkan gosip yang melanda dirinya.Jika tiada angin masakan pokok boleh bergoyang kan. Anda tak fikir sama dengan saya? Tak apa setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza-beza.
Jika di lihatkan pada kisah 1 dan 2 tidak akan menjadi bualan orang ramai jika pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram di jaga. Parti sambutan hari jadi sepatutnya di buat secara Islam yang dimulai dengan doa kesyukuran di atas kurniaan panjang umur dari Nya. Walaupun tetamu terdiri daripada golongan bukan Islam tidak salah jika di hidangkan dengan makan melayu dan Islam yang sudah tentu menyelerakan. Tidak perlu dengan botol-botol arak yang sememangkan di tegah dalam Islam. Jika kita sebagai orang Islam tidak memelihara kesucian Islam sendiri, maka tidak hairanlah orang kafir memandang rendah terhadap agama syumul ini. Jadi apa lagi yang kita boleh banggakan kepada mereka? Mari kita fikirkan sama-sama.
Akhir kata tepuk dada tanya IMAN.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan