Halaman

25 Disember 2011

Awek Kampung.

Saya selalu tension bila ada scene drama yang menayangkan awek kampung berbaju kurung. Jalan penuh sopan santun, berjalan kaki atau mengayuh basikal di terik matahari. Really.......really.. Menyampah.

Pernah nampak kah gadis seperti ini di kampung anda? 

Setakat ini di kampung saya memang susahlah nak tengok ada wanita memakai baju kurung  sebagai baju basahan. Nak tengok mereka berbaju kurung bila Hari Raya atau Kenduri sahaja. Itu Wajib! Purata gadis kampung juga seperti gadis lain di bandar memakai tshirt, dan bercelana. Memang pelik kalau tengok tiba-tiba ada budak perempuan yang berbaju kurung di siang hari.

Tapi memang pelik bila di fikirkan balik kenapa lah pengarah dok ulang dan ulang scene gadis kampung mesti pakai baju kurung. Tidak tahukah anda itu tersangat kuno? Kalau dari bandar mahu pulang ke kampung memakai baju kurung, memang ada. Nak balik mengadap ibu bapa mestilah sopan sedap mata memandang. Tapi kalau duk bersiar-siar, beli ikan di kedai memakai baju kurung memang tak pernah nampak lagi lah.

Lagi satu part. Memakai tudung stail orang dulu-dulu. Tak ada niat nak mengata. Tapi ada lagi kah mereka yang memakai tudung menunjukkan skaf besar dan melipat tepi tudung sampai muka menjadi bulat. Honestly, di kampung saya memang tak ada. Malah saya tengok mereka juga memakai shawl dan syria macam budak - budak lain. Bukan bila zaman Yuna sahaja orang kampung baru nak tinggalkan stail tudung orang dulu-dulu ini. Rasa memang dah berzaman kot.

Sangat menipu!


Tapi saya rasa, wanita memang senang dan sesuai memakai baju kurung ketika acara rasmi. Nak pergi kelas pakai baju kurung, nak pergi ceramah pakai baju kurung, malah pergi interview pun pakai baju kurung. Baju kurung ini sesuai untuk acara-acara rasmi sebab nampak lebih sopan dan jika pandai digayakan ia juga boleh menjadi formal dan ekslusif. Sebab tu kita boleh lihat sebenarnya orang bandar sahaja yang rajin pakai baju kurung setiap hari.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan