Inilah tajuk yang saya terlepas pandang tu.Glasier di Himalaya sedang cair.
Saintis Kini Sahkan Glasier Himalaya Sedang Cair
KATHMANDU: Para saintis yang membuat kajian tentang pemanasan global mengesahkan bahawa glasier di pergunung Himalaya iaitu banjaran tertinggi di muka bumi kini sedang mencair pada kadar yang paling pantas dalam tempoh 30 tahun.
Penemuan itu, yang diterbitkan dalam tiga laporan oleh Pusat Pembangunan Integrasi Gunung Antarabangsa (ICIMOD), menunjukkan glasier di sekitar Himalaya telah menguncup sebanyak 21 peratus dan di Bhutan pula sebanyak 22 peratus dalam tempoh 30 tahun.
Laporan ini yang dibentangkan pada Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Iklim di Durban, Afrika Selatan, merupakan yang paling komprehensif yang pernah dilaporkan mengenai status ais atau glasier yang sedang mencair di banjaran Himalaya.
Ini mengesahkan kebimbangan sebahagian besar saintis yang membuat jangkaan bahawa glasier di banjaran tersebut akan cair sepenuhnya menjelang 2035.
Projek selama tiga tahun ICIMOD yang ditaja oleh Kerajaan Sweden menunjukkan 10 litupan glasier yang dikaji memperlihatkan pengucupan yang bukan sahaja ketara tetapi pantas dari tahun 2002 hingga 2005.
Satu lagi kajian mendapati, terdapatnya pengurangan taburan salji yang ketara pada sepanjang banjaran Himalaya dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.
"Laporan ini memberikan indikasi yang jelas di manakah akan berlaku perubahan yang ketara pada eko-sistem global," kata Rajendra Pachauri, pengerusi Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim Dunia(IPCC).
Kebimbangan saintis ialah bagaimanakah perubahan pada iklim di banjaran itu akan menjejaskan kehidupan 1.3 bilion manusia yang bermastautin di sepanjang lembah dan kawasan yang dilalui oleh sungai-sungai yang berpunca dari pergunungan Himalaya.
Yang pasti, pencairan glasier di Himalaya akan menyumbang kepada kenaikkan para laut.
Satu lagi kebimbangan saintis ialah glasier yang mencair akan membentuk tasik-tasik besar di kaki gunung Himalaya dan seandainya ia pecah atau melimpah, apakah bentuk malapetaka yang akan menimpa berjuta-juta manusia yang bermastautin di sepanjangan basin hiliran.
Ya Allah, sangat menakutkan. Saintis menjangkakan bahawa ais akan cair sepenuhnya menjelang 2035 sangat memeranjatkan saya. Walaupun ini semua kuasa tuhan. Tapi petanda kebenaran penyelidikan ini semakin jelas kelihatan. Tidak perlu lihat ke negara luar, cukup lah kita ambil iktibar dari kejadian banjir di kajang. Sedarlah bahawa bumi yang kita diami ini semakin tua.
Sebenarnya semasa saya melihat angka 2035 fikiran sedikit melayang ke tempat lain. Saya bertanya pada diri sendiri, masihkah saya bernyawa ketika itu, atau sudah terketar-ketar ekoran tulang yang sudah mula mereput. Tiba-tiba saya menjerit sendiri. Kawan saya melihat pelik. Saya nyatakan kepadanya
" saya takut mati, apalah rasa kalau dah mati" dia tersenyum dan berkata
" dah mati mana ada rase lagi." betul juga. dan saya katakan lagi
" saya banyak buat dosa." dan katanya
" bertaubatlah". Ya benar. Kita tak tahu bila kita akan menutup mata selamanya.
Balik ke bilik saya semula, saya semakin terfikir, sudah cukupkah amal saya selama ini. rasa hidup ini penuh dengan dosa dan maksiat saja. Terus saya teringat 5 perkara sebelum 5 perkara ini;
1. Sihat sebelum Sakit.
2. Muda sebelum Tua.
3. Kaya sebelum Miskin.
4. Lapang sebelum Sempit.
5. Hidup sebelum Mati.
Adakah saya diberi kesempatan untuk mati dalam keimanan? Saya terlalu takut untuk memikirkan hal ini.
Oleh itu saya ambil keputusan untuk solat Ishak dulu. Saya mahu kerjakan ibadah sebagai khalifah di dunia ini sementara masih Sihat, Muda, Kaya, Lapang Dan HIDUP!
Fikir-fikirkan dan selamat beramal. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan