Halaman

25 Disember 2011

Awek Kampung.

Saya selalu tension bila ada scene drama yang menayangkan awek kampung berbaju kurung. Jalan penuh sopan santun, berjalan kaki atau mengayuh basikal di terik matahari. Really.......really.. Menyampah.

Pernah nampak kah gadis seperti ini di kampung anda? 

Setakat ini di kampung saya memang susahlah nak tengok ada wanita memakai baju kurung  sebagai baju basahan. Nak tengok mereka berbaju kurung bila Hari Raya atau Kenduri sahaja. Itu Wajib! Purata gadis kampung juga seperti gadis lain di bandar memakai tshirt, dan bercelana. Memang pelik kalau tengok tiba-tiba ada budak perempuan yang berbaju kurung di siang hari.

Tapi memang pelik bila di fikirkan balik kenapa lah pengarah dok ulang dan ulang scene gadis kampung mesti pakai baju kurung. Tidak tahukah anda itu tersangat kuno? Kalau dari bandar mahu pulang ke kampung memakai baju kurung, memang ada. Nak balik mengadap ibu bapa mestilah sopan sedap mata memandang. Tapi kalau duk bersiar-siar, beli ikan di kedai memakai baju kurung memang tak pernah nampak lagi lah.

Lagi satu part. Memakai tudung stail orang dulu-dulu. Tak ada niat nak mengata. Tapi ada lagi kah mereka yang memakai tudung menunjukkan skaf besar dan melipat tepi tudung sampai muka menjadi bulat. Honestly, di kampung saya memang tak ada. Malah saya tengok mereka juga memakai shawl dan syria macam budak - budak lain. Bukan bila zaman Yuna sahaja orang kampung baru nak tinggalkan stail tudung orang dulu-dulu ini. Rasa memang dah berzaman kot.

Sangat menipu!


Tapi saya rasa, wanita memang senang dan sesuai memakai baju kurung ketika acara rasmi. Nak pergi kelas pakai baju kurung, nak pergi ceramah pakai baju kurung, malah pergi interview pun pakai baju kurung. Baju kurung ini sesuai untuk acara-acara rasmi sebab nampak lebih sopan dan jika pandai digayakan ia juga boleh menjadi formal dan ekslusif. Sebab tu kita boleh lihat sebenarnya orang bandar sahaja yang rajin pakai baju kurung setiap hari.

Sekian.

8 Disember 2011

5 sebelum 5

Masa lepak bilik member, tiba-tiba saya gatal tangan pergi baca balik surat khabar dua hari lepas. Rupanya ada berita penting yang saya terlepas pandang.

Inilah tajuk yang saya terlepas pandang tu.Glasier di Himalaya sedang cair.


Saintis Kini Sahkan Glasier Himalaya Sedang Cair
KATHMANDU: Para saintis yang membuat kajian tentang pemanasan global mengesahkan bahawa glasier di pergunung Himalaya iaitu banjaran tertinggi di muka bumi kini sedang mencair pada kadar yang paling pantas dalam tempoh 30 tahun.
Penemuan itu, yang diterbitkan dalam tiga laporan oleh Pusat Pembangunan Integrasi Gunung Antarabangsa (ICIMOD), menunjukkan glasier di sekitar Himalaya telah menguncup sebanyak 21 peratus dan di Bhutan pula sebanyak 22 peratus dalam tempoh 30 tahun.
Laporan ini yang dibentangkan pada Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Iklim di Durban, Afrika Selatan, merupakan yang paling komprehensif yang pernah dilaporkan mengenai status ais atau glasier yang sedang mencair di banjaran Himalaya.
Ini mengesahkan kebimbangan sebahagian besar saintis yang membuat jangkaan bahawa glasier di banjaran tersebut akan cair sepenuhnya menjelang 2035.
Projek selama tiga tahun ICIMOD yang ditaja oleh Kerajaan Sweden menunjukkan 10 litupan glasier yang dikaji memperlihatkan pengucupan yang bukan sahaja ketara tetapi pantas dari tahun 2002 hingga 2005.
Satu lagi kajian mendapati, terdapatnya pengurangan taburan salji yang ketara pada sepanjang banjaran Himalaya dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.
"Laporan ini memberikan indikasi yang jelas di manakah akan berlaku perubahan yang ketara pada eko-sistem global," kata Rajendra Pachauri, pengerusi Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim Dunia(IPCC).
Kebimbangan saintis ialah bagaimanakah perubahan pada iklim di banjaran itu akan menjejaskan kehidupan 1.3 bilion manusia yang bermastautin di sepanjang lembah dan kawasan yang dilalui oleh sungai-sungai yang berpunca dari pergunungan Himalaya.
Yang pasti, pencairan glasier di Himalaya akan menyumbang kepada kenaikkan para laut.
Satu lagi kebimbangan saintis ialah glasier yang mencair akan membentuk tasik-tasik besar di kaki gunung Himalaya dan seandainya ia pecah atau melimpah, apakah bentuk malapetaka yang akan menimpa berjuta-juta manusia yang bermastautin di sepanjangan basin hiliran.
Ya Allah, sangat menakutkan. Saintis menjangkakan bahawa ais akan cair sepenuhnya menjelang 2035 sangat memeranjatkan saya. Walaupun ini semua kuasa tuhan. Tapi petanda kebenaran penyelidikan ini  semakin jelas kelihatan. Tidak perlu lihat ke negara luar, cukup lah kita ambil iktibar dari kejadian banjir di kajang. Sedarlah bahawa bumi yang kita diami ini semakin tua.
Sebenarnya semasa saya melihat angka 2035 fikiran sedikit melayang ke tempat lain. Saya bertanya pada diri sendiri, masihkah saya bernyawa ketika itu, atau sudah terketar-ketar ekoran tulang yang sudah mula mereput. Tiba-tiba saya menjerit sendiri. Kawan saya melihat pelik. Saya nyatakan kepadanya 
" saya takut mati, apalah rasa kalau dah mati" dia tersenyum dan berkata 
" dah mati mana ada rase lagi." betul juga. dan saya katakan lagi
 " saya banyak buat dosa." dan katanya 
" bertaubatlah". Ya benar. Kita tak tahu bila kita akan menutup mata selamanya. 
Balik ke bilik saya semula, saya semakin terfikir, sudah cukupkah amal saya selama ini. rasa hidup ini penuh dengan dosa dan maksiat saja. Terus saya teringat 5 perkara sebelum 5 perkara ini;
1. Sihat sebelum Sakit.
2. Muda sebelum Tua.
3. Kaya sebelum Miskin.
4. Lapang sebelum Sempit.
5. Hidup sebelum Mati.
Adakah saya diberi kesempatan untuk mati dalam keimanan? Saya terlalu takut untuk memikirkan hal ini.
Oleh itu saya ambil keputusan untuk solat Ishak dulu. Saya mahu kerjakan ibadah sebagai khalifah di dunia ini sementara masih Sihat, Muda, Kaya, Lapang Dan HIDUP!
Fikir-fikirkan dan selamat beramal. :)

2 Disember 2011

Tanya sama pokok?


Fenomena sekarang ini terlalu sibuk bergosip sana- sini dan isu yang paling meletup ialah Khairul Fahmi. Siapakah dia?



Khairul Fahmi Che Mat
Rasanya semua rakyat Malaysia kenal dengan beliau. Kairul Fahmi yang lebih dikenali dengan nama Apek adalah penjaga gol  Harimau Muda dan pemain tetap untuk pasukan Kelantan. Tahap ketangkasannya telah terbukti apabila menerima pelbagai anugerah antaranya adalah Anugerah Penjaga Gol Terbaik di Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2011.

Tapi tidak tahu apa silapnya, pemain Harimau muda ini semakin di landa kontroversi. Tidak pasti sama ada kelalaian dan kekhilafan sendiri atau ia adalah perbuatan musuh dalam selimut. Mari kita lihat sedikit khabar angin yang tak sedap untuk di dengar.

Kisah 1:
Kontriversi dirinya yang putus tunang.  Kes ini sangat mengejutkan kerana tidak sangka sama sekali majlis tunang mereka yang bertemaka arabic itu tidak bertahan lama. lebih menghangatkan apabila hal pembatalan pertunangan tidak di lakukan dengan sempurna dan kes putus tunang di kaitkan dengan isu orang ketiga .

Kisah 2:
Penyebaran foto-foto Apek dan Dahlia Teck yang di akui oleh Apek sebagai adik sahaja. Kemudian di ikuti dengan beberapa penyebaran foto lain.

Kisah 3:
Penyebaran foto Apek dan Shida Harmi.

Pada saya apabila menjadi public figure memang tidak akan terlepas daripada semua gosip murahan ini. Tapi hal ini tidak akan berlaku jika kita sebagai orang Melayu yang beragama ISLAM mengamalkan cara hidup yang berlandaskan Al-Quran dah Sunnah Rasulullah. Walaupun satu demi satu masalah dapat dirungkai tapi ia tetap mencalarkan maruah Apek. Pada saya, gosip-gosip ini berlaku kerana Apek sendiri. Hal ini kerana perangai dan sikapnya seolah-olah membenarkan gosip yang melanda dirinya.Jika tiada angin masakan pokok boleh bergoyang kan. Anda tak fikir sama dengan saya? Tak apa setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza-beza.

Jika di lihatkan pada kisah 1 dan 2 tidak akan menjadi bualan orang ramai jika pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram di jaga.  Parti sambutan hari jadi sepatutnya di buat secara Islam yang dimulai dengan doa kesyukuran di atas kurniaan panjang umur dari Nya. Walaupun tetamu terdiri daripada golongan bukan Islam tidak salah jika di hidangkan dengan makan melayu dan Islam yang sudah tentu menyelerakan. Tidak perlu dengan botol-botol arak yang sememangkan di tegah dalam Islam. Jika kita sebagai orang Islam tidak memelihara kesucian Islam sendiri, maka tidak hairanlah orang kafir memandang rendah terhadap agama syumul ini. Jadi apa lagi yang kita boleh banggakan kepada mereka? Mari kita fikirkan sama-sama.

Akhir kata tepuk dada tanya IMAN.

26 November 2011

Salam Ma'al Hijrah 1433

Alhamdulillah saya masih berkesempatan lagi untuk baca doa akhir tahun hijrah dan awal tahun hijrah. Tidak sangka air mata hampir bercucuran kerana terlalu bersyukur. Bila di ingatkan kembali banyak azam dan penghijrahan yang dapat saya lakukan pada tahun lepas, antaranya menaikkan pointer keputusan saya. Sampai sekarang saya masih terasa kejayaan itu dan berharap saya akan dapat mengulangi kecemerlangan itu sehingga semester terakhir. Amin

Di maghrib 1 Muharam ini saya ingin membuat beberapa azam dan penghijrahan dalam hidup ini. Oleh itu saya telah menggariskan Do's dan Don'ts dan insya'allah bermula dari hari ini.

Do's
1. Belajar dengan bersungguh-sungguh. ( paling susah untuk dilaksanakan)
2. Menjauhi perkara yang melalaikan ( benda nie selalu sangat saya buat)
3. Mesti selesai kerja sebelum jam 12.30 am bermakna tiada lagi istilah berjaga ditengah malam.
4. Jaga Iman. Jaga solat. Jaga pergaulan.
5. Dapatkan First Class Honour in Degree ( mungkin dalam mimpi tapi saya tetap akan berusaha)
6. Mesti masukkan entry ke dalam blog pada setiap hari bekerja.
7. Kumpul duit untuk sambung pelajaran ke peringkat Master.
8. Kumpul duit banyak-banyak untuk melancong bersama keluarga.
9. Belajar cara berkomunikasi dengan lebih berkesan.
10. Belajar English communication dengan lebih aggressive.
11. Belajar memaafkan kesalahan orang. Dendam hanya membunuh hati sendiri.
12. Dapatkan teman hidup. (Ceh Gatai) Eh bukan! Bila tiba masanya, saya yakin Allah akan kirim pendamping hidup saya itu.
13. Jaga kesihatan
14. Tambah berat badan untuk derma darah.
15. Kurangkan syak prasangka pada orang lain.




Don'ts 
1. Melengah-lengahkan masa. ( kurangkan kegilaan terhadap FB, YOUTUBE dan BLOGwalking)
2. Melakukan maksiat-maksiat kecil.
3. MALAS.
4. BOROS
5. MULUT LASER.
6. Hindari sifat riak. Hidup dalam bersederhana.
 Cukup lah 6 sahaja, sebab saya rasa saya budak baik!

Harap saya, ibu bapa, dan ahli keluarga di panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dijauhkan daripada kemurkaan Allah SWT.

Doakan saya berjaya.

18 Oktober 2011

Balik Kampung!

Tanpa sedar rupanya masa berlalu dengan pantas sekali. Minggu depan dah cuti mid sem. Oh betul tak tipu! Macam tak nak balik cuti. Kerja banyak tak settle lagi. Assignment ada 3 lagi yang perlu di hantar minggu depan. Tolonglah masa merangkaklah dengan kelajuan yang paling perlahan.

Teringta pula masa semester satu dulu. Asyik tengok calendar saja mengira hari nak bercuti. Tiket sebulan awal dah beli. Memang excited gila. Maklumlah rumah dekat hujung selatan, belajar pulak kat hujung utara. Memang bercinta lah tiap kali nak balik rumah.

Bila sampai rumah fulamak.. syukur alhamdulillah. Semua makanan kat umah tu kalau boleh nak dihabiskan. Bukan tak penah nampak. Tapi kalau kat U gerenti fikir banyak kali nak menikmati makanan sesedap di rumah. Duit boleh melayang banyak tu. Ada saja kat rumah, penyakit M mesti timbul dengan sendirinya. Bangkit tidur selagi mak tak menjerit bangun jangan harap lah nak bangun. Nak tolong mak masak jauh sekali. Mengemas semestinya serabut tengok sepah-sepah nie.

Bila dah nak masa balik U semula, hati menjadi sayu. Oh... Saya tak mahu pulang. Tapi perlu juga pulang. Perjuangan masih panjang. Mak Abah akan pesan lah banyak-banyak. Adik pun mesti tanya

"ko bila cuti lagi?"

Suka ayat tu, dia rindu lah nanti tu. Tapi part paling disukai, ada lah dapat duit dari Mak Abah. Senyum lebar sambil kenyit-kenyit mata kat adik sebagai isyarat " kau tak dapat kan!" saja nak bagi hangin.

Sampai U saja jumpa kawan-kawan makan bekalan yang di bawa dari kampung halaman masing-masing. Memang syok waktu ni. Borak-borak sambil menghabiskan masa kan. Sapa tak suk. Lepas tu mula lah sibuk dengan exam mid sem dan menyiapkan assigment. Tapi masa ni assignment semua kira kacang goreng lagi. Buat last minute pun sempat lagi. Smabil sibuk-sibuk tu pun sempat lagi nak tengok calendar nak mengira tarikh nak cuti lagi. Hai cuti dan terus cuti.

Tapi sekarang... Lain betul. Betul lah senior-senior dulu pernah berkata " korang rasa nak mengira cuti saja masa awal-awal sem nie, bila dah start sem 4 memang tak sempat nak fikir pasal cuti pun.". Ya betul sekali. Sekarang ingat tarikh start cuti 26hb 10 2011. Dalam otak selalu cakap lama lagi. Tak tanpa sedar rupanya tinggal beberapa hari saja. hahaha kelakar tiket pun tak dan nak beli. Aduhaaii dunia. memang berubah 100%.

Sekarang ni memang tak sabar nak balik tapi minta dilambatkan sikit masa itu berlalu. kerja banyak sangat ni. Rasa macam nak meraung-raung saja rasa bila tengok calendar. Aish..

9 Oktober 2011

Belanjawan Bajet 2012


Sebenarnya Kim tak pernah berminat  ambil tahu pasal rancangan kerajaan selama ini. Kesedaran itu hanya tiba bila lecturer Kim cakap bahawa tempoh pesaraan bagi pekerja kerajaan dilanjutkan kepada 60 tahun. OMO... OMO.. terus Kim excited. Kesedaran telah wujud! Hasil daripada meng'google' di sesawang internet inilah input yang Kim dapat.



Pelajaran
  1. Pemberian baucar buku sebanyak RM200  kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.
  2. Yuran pendidikan di sekolah rendah dan menengah kerajaan akan dimansuhkan.
  3. Semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 akan menerima bantuan persekolahan sebanyak RM100.
Bantuan
  1. Bantuan sebanyak rm500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos.
  2. Skim Amanah Rakyat (SARA 1Msia) akan memanfaatkan 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.
  3. Caj pendaftaran pesakit luar bagi warga emas berusia 60 tahun dan ke atas di semua hospital dan klinik kesihatan dikecualikan bermula 1 Januari 2012. Mereka juga akan diberi diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel.
  4. Kerajaan akan memberi sumbangan kepada wirawan dan wirawati negara sebanyak RM3000 secara one-off kepada setiap bekas anggota serta duda dan balu mereka yang kesemuanya berjumlah hampir 62,000 orang.
  5. Kerajaan akan memperuntukkan 400 juta ringgit bagi kerja-kerja menaik taraf infrastruktur bekalan air secara berperingkat di kawasan-kawasan FELDA yang terpilih.
Kerjaya
  1. Kerajaan mencadangkan supaya caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan 5,000 ringgit dan ke bawah.
  2. Kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred jawatan. Bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.
  3. Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan.
  4. Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit.
  5. Dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai.
  6. Penjawat awam akan dilanjutkan umur persaraan wajib mereka dari 58 tahun kepada 60 tahun.
  7. Satu program khas akan diperkenalkan untuk 175,000 anggota tentera yang tidak layak menerima pencen.
  8. RM500 juta diperuntukkan untuk dana komersial inovasi PKS.
  9. Bonus tambahan setengah bulan gaji akan diterima oleh kakitangan kerajaan dan bayaran bantuan sebanyak RM500 akan disalurkan kepada pesara kerajaan.
  10. Bagi sektor swasta, galakan cukai diberikan dengan potongan dua kali ke atas perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat dalam melaksanakan program Internship, potongan dua kali ke atas pemberian biasiswa dan potongan dua kali ke atas perbelanjaan bagi menyertai pameran kerjaya di luar negara.
Cukai
  1. Pelepasan cukai baru sehingga 3 ribu ringgit ke atas caruman dalam Skim Persaraan Swasta yang sebelum ini dikenali sebagai Dana Pencen Swasta dan anuiti insurans selama 10 tahun.
Perumahan
  1.  RM63 juta diperuntukkan untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai.
  2. RM40 juta diperuntukkan untuk baik pulih dan menyelenggara rumah kos rendah awam dan swasta.
  3. 7,700 unit rumah akan dibina di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja. Harga rumah yang ditawarkan di bawah skim ini lebih rendah berbanding dengan harga pasaran disebabkan tanah dan dana mudahcara disediakan kepada pemaju.
  4. Bagi memenuhi permintaan rumah golongan berpendapatan kurang daripada 3,000 ringgit, Kerajaan telah melancarkan Skim Rumah Pertamaku pada Mac 2011. Untuk menambah baik skim ini, Kerajaan mencadangkan had maksimum harga rumah dinaikkan daripada 220 ribu kepada 400 ribu ringgit.
  5. Kerajaan akan mewujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan dengan peruntukan 300 juta ringgit untuk membina dan membaik pulih rumah mereka agar menjadi lebih selesa dengan prasarana asas.
  6. Kerajaan akan terus melaksanakan Progam Perumahan Rakyat (PPP) di seluruh negara dengan membina 75,000 unit rumah mampu milik.
Subsidi
  1. Bagi setiap liter petrol RON95, harga asal 2 ringgit 75 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 90 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 85 sen atau 31 peratus dari harga sebenar.
  2. Bagi setiap liter diesel, harga asal 2 ringgit 66 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 80 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 86 sen atau 32 peratus dari harga sebenar.
  3. Bagi setiap tong 14 kilogram gas memasak, harga asal 48 ringgit 2 sen, rakyat hanya bayar 26 ringgit 60 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 21 ringgit 42 sen atau 45 peratus dari harga sebenar.
  4. Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal 2 ringgit 40 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 80 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 60 sen atau 25 peratus dari harga sebenar.
  5. Bagi setiap kilogram gula, harga asal 2 ringgit 50 sen, rakyat hanya bayar 2 ringgit 30 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 20 sen atau 8 peratus dari harga sebenar.
  6. Bagi setiap kilogram minyak masak, harga asal 4 ringgit 75 sen, rakyat hanya bayar 2 ringgit 50 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 2 ringgit 25 sen atau 47 peratus dari harga sebenar.
  7. Bagi setiap kilogram tepung gandum, harga asal 1 ringgit 90 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 35 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 55 sen atau 29 peratus dari harga sebenar.
Projek
  1. Projek landasan kereta api berkembar Gemas – Johor Bahru;
  2. Projek Lebuhraya Pantai Timur Jabor – Kuala Terengganu, Lebuhraya Pantai Barat Banting – Taiping, Lebuhraya Segamat – Tangkak dan Lebuhraya Central Spine serta pembinaan jalan Kota Marudu – Ranau
  3. Pembangunan semula Pangkalan Udara Sungai Besi Kuala Lumpur.
  4. Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit untuk mengatasi masalah banjir.
Copy and paste dari http://www.akupenglipurlara.com

Pada Kim yang baru nak amik tahu pasal dasar kerajaan ini memang tak tahu nak cakap lebih-lebih. Tapi ada macam-macam perasaan yang timbul.

Kalau lah umur pesaraan 60 tahun, apa akan jadi pada Kim bila dah habis degree nanti. Tinggal setahun saja pengajian. Nak melanggut saja didepan tangga kah. Nak kerja kilang? Tak salah, malah Kim pernah beberapa kali bekerja kilang, tapi apa gunanya sijil akademik yang kita miliki jika ia hanya berfungsi sebagai hiasan. Sungguh tak dapat bayang dengan jumlah graduan universiti yang semakin meningkat kini apakah nasib kami nanti. Maaf  jika Kim katakan ini salah satu penyebab masalah pengangguran    di Malaysia.  Umur persaraan sampai 58 tahun pun Kim dah rasa tak senang duduk inikan pula 60 tahun. Tak pa lah tuah ayam nampak di kaki,  tuah manusia sapa yang tahu (ayat nak sedapkan hati sendiri).

Satu benda ni Kim suka tapi mungkin tak berapa nak excited sangat lah. Mengenai yuran sekolah yang telah dimansuhkan. Alhamdulillah senang dah budak sekarang nak pergi sekolah. Bukan macam Kim dulu adik beradik ramai, abah bersusah payah melangsaikan hutang yuran sekolah. Tapi Syukurlah 4 orang dah berjaya ke menara gading dan 3 orang sudah mendapat pekerjaan yang sesuai. Lebih seronok, rupanya ada baucar buku sebanyak RM200 untuk pelajar IPT. Meringgankan beban sangat. Sebab untuk semester ini saja Kim sudah memperuntukkan RM300 untuk pembelian buku teks. Memang ngam sangat lah kan. Tapi keciannya Kim sekarang dah semester 5. Dapatlah menikmati skim ini untuk pertama kalinya dan terakhir kalinya untuk semester depan . Syukur rezeki tuhan. 

4 Oktober 2011

Saya Faham Cikgu



Tengah sibuk-sibuk mengarang ayat untuk assignment ni. Tetiba teringat kata-kata cikgu Kim mase Form 6 dulu. Cikgu Kim ni cikgu kaunseling dekat sekolah. So dia selalu lah melepak-lepak dengan kami. Bercerita sampai tak hengat dunia! Then ada satu masa tu cikgu Pengajian Am tak masuk kelas sebab dia pergi kursus. Bebel punya bebel( nasihat sebenarnya) Dia tanya Soalan ini'

" Apa cabaran sebenar bila awak semua masuk Universiti?"

Masing-masing memberikan pendapatnya. Ada yang cakap cabaran bila hidup kat bandar akan mudah kena kejutan budaya. Maklumlah kami ini hidup dikawasan pendalaman. Otak suci lah kononnya. Lepas itu ada yang kata cabaran besar bila hidup jauh dengan ibu bapa, macam-macam boleh terjadi. Buat semua ikut kepala sendiri. Iman kene kuat. Last-last bila time Kim pulak disoal, kim dengan bangga berkata mungkin cabaran assigment yang berlambak. masa itu cakap penuh confident. Tak tahu lagi assignment tu rupanya macam mana.   Ha sekarang hamik kau assignment berlambak, apa yang kita cakap itu satu doa tahu. Tapi yang pelik  semua jawapan yang kami berikan cikgu tak cakap pun betul atau salah. Yang masih Kim teringat dia kata.

"bila awak semua dah berjaya masuk universiti nanti awak tahu jawapannya"

????? OMO  OMO??? kami terkelu. Tapi lepas itu dia beritahu lah. Alam di Universiti ni sangat mencabar. Ramai orang yang terjerumus buat benda yang tak baik. macam-macam yang dia cerita yang menjadikan Kim  ni taubat sekejap lah.

S E K A R A N G

 Kim dah sangat-sangat faham dengan soalan dan jawapan cikgu kaunseling Kim tu.. Masuk Universiti ni memang penuh cabaran. Terlalu banyak onak duri yang perlu ditempuhi dan terpaksa Kim akui, Kim pernah hampir tersungkur longlai dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar universiti.

Bila dah masuk U ni BERDIKARI sangat penting pada Kim. Family dah jauh. Semua kita kene uruskan sendiri. Dari hal kecik, yang remeh temeh kita anggap selama ni sampai lah perkara yang akan menentukan masa hadapan kita kene fikirkan sendiri. Sangat merumitkan. Sekarang pagi-pagi dah kene bangun sebab nak basuh baju. Berebut washing machine sebab malas basuh baju guna tangan. Cabaran tu. Lepas tu kene bajet duit makan lagi, duit tuk berlibur, duit tuk print out slide, duit tuk yuran persatuan, duit tuk jamua, duit tuk kerja assignment, duit tuk projek itu, projek ini, duit, duit dan duit. Duit memang memeningkan kepala otak.

Bila masuk U ni pulak yuran dah termasuk dengan pakej WiFi lagi lah cabaran. Blogwalking sana, youtube sini. Kang kejap-kejap FB tuk update status. Kebanyakan masa memang banyak dihabiskan dihadapan Laptop. Itu tak kira lagi bila dah angau dengan cerita korea, jepun dan taiwan. Kadang-kadang terskip kelas sebab over tengok cerita sampai jam 3 hingga 4 pagi. Ini lah jadinya bila tak ada self management.

Bila nak Final pula, baru lah sedar sikit tanggungjawab seorang pelajar adalah belajar. Masa ini lah baru nak terkejar-kejar cari nota. Malah Kim penah nampak seorang manusia ni esok petang nak exam, malam tu baru nak fotokopi buku teks kawan. Sempat ke nak baca?  Entah lah. Dia genius kot.

Lebih mencabar dapat pula kawan-kawan yang kita tak tahu nak definisikan akan mempengaruhi kita ke arah kebaikan atau keburukan. Rasanya setakat ni tak penah lagi dapat kawan yang jahat terlebih. Nakal-nakal ada lah. Tapi kalau semua nakal kan tak elok jugak. Itu yang benda baik terus dilupakan. Dapat lagi kawan yang satu kepala yang tak betul dan mereng. Alamat tunggang terbalik lah hidup. Kita nak berkawan boleh tapi kene ada adat. Pendirian kene teguh supaya tak mudah terpengaruh buat benda yang tak elok. Kim tak nak lah cerita bab kawan-kawan ni. Libatkan Hati dan perasaan. Tapi Kim memang tak ada simpan dendam pada sesiapa. Sebab kawan Kim semua baik-baik!

Setelah puas melalut. Kini memang Kim dah faham cakap cikgu kim tu. Tapi itu lah tak terluah ayat yang benar-benar bombastik untuk menjelaskan kefahaman Kim. Tapi Kim sedar dan tahu apa sebenarnya cabaran hidup di alam uniersiti ini.

Jadi sekarang masa untuk Kim sambung buat assigment semula. Otak pun dah relax.

Dengan ini Kim meyambung buat assigment semula ya..