Halaman

26 November 2011

Salam Ma'al Hijrah 1433

Alhamdulillah saya masih berkesempatan lagi untuk baca doa akhir tahun hijrah dan awal tahun hijrah. Tidak sangka air mata hampir bercucuran kerana terlalu bersyukur. Bila di ingatkan kembali banyak azam dan penghijrahan yang dapat saya lakukan pada tahun lepas, antaranya menaikkan pointer keputusan saya. Sampai sekarang saya masih terasa kejayaan itu dan berharap saya akan dapat mengulangi kecemerlangan itu sehingga semester terakhir. Amin

Di maghrib 1 Muharam ini saya ingin membuat beberapa azam dan penghijrahan dalam hidup ini. Oleh itu saya telah menggariskan Do's dan Don'ts dan insya'allah bermula dari hari ini.

Do's
1. Belajar dengan bersungguh-sungguh. ( paling susah untuk dilaksanakan)
2. Menjauhi perkara yang melalaikan ( benda nie selalu sangat saya buat)
3. Mesti selesai kerja sebelum jam 12.30 am bermakna tiada lagi istilah berjaga ditengah malam.
4. Jaga Iman. Jaga solat. Jaga pergaulan.
5. Dapatkan First Class Honour in Degree ( mungkin dalam mimpi tapi saya tetap akan berusaha)
6. Mesti masukkan entry ke dalam blog pada setiap hari bekerja.
7. Kumpul duit untuk sambung pelajaran ke peringkat Master.
8. Kumpul duit banyak-banyak untuk melancong bersama keluarga.
9. Belajar cara berkomunikasi dengan lebih berkesan.
10. Belajar English communication dengan lebih aggressive.
11. Belajar memaafkan kesalahan orang. Dendam hanya membunuh hati sendiri.
12. Dapatkan teman hidup. (Ceh Gatai) Eh bukan! Bila tiba masanya, saya yakin Allah akan kirim pendamping hidup saya itu.
13. Jaga kesihatan
14. Tambah berat badan untuk derma darah.
15. Kurangkan syak prasangka pada orang lain.




Don'ts 
1. Melengah-lengahkan masa. ( kurangkan kegilaan terhadap FB, YOUTUBE dan BLOGwalking)
2. Melakukan maksiat-maksiat kecil.
3. MALAS.
4. BOROS
5. MULUT LASER.
6. Hindari sifat riak. Hidup dalam bersederhana.
 Cukup lah 6 sahaja, sebab saya rasa saya budak baik!

Harap saya, ibu bapa, dan ahli keluarga di panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dijauhkan daripada kemurkaan Allah SWT.

Doakan saya berjaya.

2 ulasan:

  1. salam.. saya xknl awk.. dan begitu juga awk.. tp saya suka do's no 14.. saya pun sma gak.. tp.. saya rasa itu amat susah utk laksanakn.. tp awk wat saya curious.. jns darah awk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam, sorry ye saya t'lalu lambat balas. Honestly saya mengaku yg saya tak tahu pown jenis darah saya sebab saya takut bila tengok doktor cucuk jari untuk amik darah. Menyeramkan. N ada peristiwa, one day saya teman member derma darah, tujuan utama dia derma darah nak tahu jenis darah saja sbnrnya. Muka dia dan saya sama2 pucat lesi tengok doctor cucuk jarum... :)

      Padam