Halaman

23 Mei 2012

Kereta Hybrid


Kereta yang menggunkan teknologi hybrid. Dapat mengurangkan kebergantungan kepada bahan api dan kurangkan pencemaran udara.

Pernah tak dengar mengenai kereta yang menggunkan teknologi Hybrid?
Saya selalu dengan tapi baru hari ni terfikir nak tahu dengan lebih terperinci.  Itupun setelah melihat satu iklan kereta Honda

Menggunakan khidmat pak cik google. Cari punya cari akhirnya saya telah mendapat beberapa info yang menambahkan kefahaman dan pengetahuan mengenai kereta Hybrid ni.

Kereta hybrid adalah kereta yang mengunakan teknologi IMA( Integrated Motor Assist) yang menggabungkan dua mekanisma kuasa. Stukrur kereta yang menggunakan kuasa elektrik  dan sedikit bahan api dapat mengerakkan kereta dalam apa cara sekalipun. Oleh itu kereta berteknologi hybrid ini turut di lengkapi dengan bateri yang membekalkan kuasa motor elektronik. Secara tidak langsung teknology ini dapat mengurangkan pergantungan terhadap sumber bahan api seperti petrol dan diesel.

Apabila bahan api tidak di gunakan secara terus oleh teknologi ini, maka kaedah kuasa telah ditukar kepada caj elektrik. Enjin hyrib yang lebih kecil dan berteknologi tinggi telah meminimumkan pengeluaran asap kereta pada sistem permotorannya. Sekali gus dapat mengurangkan pencemaran alam.

Lebih istimewa lagi kereta hybrid akan berhenti sementara ketika kereta berhenti di lampu isyarat atau terdapat halangan di hadapan. Sistem ini dapat menjimatkan kuasa enjin dan ditukar kepada bateri biasa buat sementara waktu. Kereta hybrid juga tidak memerlukan penjagaan kos yang tinggi kerana ia tidak memerlukan penyelenggaraan yang kerap malahan kereta hybrid boleh digunakan sepanjang hayat.

Pada pendapat saya, teknologi hybrid sandat bertepatan dengan senario bahan api pada masa sekarang. Kepadatan kenderaan di bumi telah menyebabkan semua individu bergantung kepada bahan api sedangkan bahan api adalah sumber yang semakin sedikit dan tidak boleh di perbaharui. Maka inilah salah satu alternatif pengurangan kebergantungan kepada sumber bahan api.

Walaubagaimanapun, kerata hybrid agak mahal dan kurang berpatutan. Tapi tidak salah kita berkorban sedikit. Kesan baik yang akan di perolehi amat berguna kepada manusia. Udara sekeliling akan menjadi lebih bersih dan segar. Itulah sebenarnya yang penting dalam hidup. Kurangkan penceramaran.

Dan berita lagi gembira, hybrid car dari luar negara telah dikurangkan cukai import kerana kerajaan mahukan kereta yang lebih mesra alam. Jadi mari kita pergi beli ramai-ramai. Tapi............. Lima tahun lagi kot. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan