Halaman

23 Mei 2012

Kereta Hybrid


Kereta yang menggunkan teknologi hybrid. Dapat mengurangkan kebergantungan kepada bahan api dan kurangkan pencemaran udara.

Pernah tak dengar mengenai kereta yang menggunkan teknologi Hybrid?
Saya selalu dengan tapi baru hari ni terfikir nak tahu dengan lebih terperinci.  Itupun setelah melihat satu iklan kereta Honda

Menggunakan khidmat pak cik google. Cari punya cari akhirnya saya telah mendapat beberapa info yang menambahkan kefahaman dan pengetahuan mengenai kereta Hybrid ni.

Kereta hybrid adalah kereta yang mengunakan teknologi IMA( Integrated Motor Assist) yang menggabungkan dua mekanisma kuasa. Stukrur kereta yang menggunakan kuasa elektrik  dan sedikit bahan api dapat mengerakkan kereta dalam apa cara sekalipun. Oleh itu kereta berteknologi hybrid ini turut di lengkapi dengan bateri yang membekalkan kuasa motor elektronik. Secara tidak langsung teknology ini dapat mengurangkan pergantungan terhadap sumber bahan api seperti petrol dan diesel.

Apabila bahan api tidak di gunakan secara terus oleh teknologi ini, maka kaedah kuasa telah ditukar kepada caj elektrik. Enjin hyrib yang lebih kecil dan berteknologi tinggi telah meminimumkan pengeluaran asap kereta pada sistem permotorannya. Sekali gus dapat mengurangkan pencemaran alam.

Lebih istimewa lagi kereta hybrid akan berhenti sementara ketika kereta berhenti di lampu isyarat atau terdapat halangan di hadapan. Sistem ini dapat menjimatkan kuasa enjin dan ditukar kepada bateri biasa buat sementara waktu. Kereta hybrid juga tidak memerlukan penjagaan kos yang tinggi kerana ia tidak memerlukan penyelenggaraan yang kerap malahan kereta hybrid boleh digunakan sepanjang hayat.

Pada pendapat saya, teknologi hybrid sandat bertepatan dengan senario bahan api pada masa sekarang. Kepadatan kenderaan di bumi telah menyebabkan semua individu bergantung kepada bahan api sedangkan bahan api adalah sumber yang semakin sedikit dan tidak boleh di perbaharui. Maka inilah salah satu alternatif pengurangan kebergantungan kepada sumber bahan api.

Walaubagaimanapun, kerata hybrid agak mahal dan kurang berpatutan. Tapi tidak salah kita berkorban sedikit. Kesan baik yang akan di perolehi amat berguna kepada manusia. Udara sekeliling akan menjadi lebih bersih dan segar. Itulah sebenarnya yang penting dalam hidup. Kurangkan penceramaran.

Dan berita lagi gembira, hybrid car dari luar negara telah dikurangkan cukai import kerana kerajaan mahukan kereta yang lebih mesra alam. Jadi mari kita pergi beli ramai-ramai. Tapi............. Lima tahun lagi kot. :)

5 Mei 2012

Demam denggi

Menyebarkan virus denggi melalui gigitan

Pada minggu lepas kakak kesayangan saya telah mengalami demam panas yang melampau. Lama juga demamnya lebih daripada seminggu. Mula-mula kami ingatkan dia demam biasa-biasa saja, cuma dia ada kata yang dia terasa terlalu panas di bahagian kaki dan bau badan demamnya menyebabkan dia terasa macam nak muntah.

Dipagi jumaat yang hening ketika saya masih berlingkar di atas katil, Kakak bagi message yang dia telah di masukkan ke dalam wad kerana suhu badan yang terlalu tinggi. Saya risau hanya Allah sahaja yang tahu. Tepat jam 9 pagi dia message lagi sekali dan maklumkan bahawa doktor bagitahu yang kakak di syaki demam denggi. Keputusan sebenar hanya akan di ketahui pada hari esoknya. Saya memang terkejut sangat-sangat. Dah lah Kedah dan KL jauh. Kerja pun tak siap lagi. Fikiran betul-betul tergangu masa tu.

Setelah mengambil masa untuk bertenang. Saya siapkan kerja perlahan-lahan. Sambil-sambil tu saya cari kat internet pasal demam denggi. Antara input yang saya dapat adalah tanda demam denggi. Selalunya ia boleh dikesan apabila demam panas yang berlarutan, ruam-ruam badan, sakit-sakit sendi dan muntah. Dah tahu pasal tanda denggi saya cari pasal penawar pula. Pernah dengar pasal sup ketam tapi tak berapi pasti. Jadi pada hari tu saya kaji dengan lebih mendalam. 

sumber protein yang menambahkan platelet darah untuk pesakt demam denggi
Sup Ketam

Rupanya ketam adalah sumber makanan protein yang dapat menambahkan platelet darah seseorang. Apabila seseorang di serang demam denggi platelet mereka akan menurun secara mendadak dan mungkin membawa kepada maut. Jadi disarankan pesakit demam denggi di beri minum sup ketam bagi menaikkan kembali platelet darah mereka.

Tapi dalam pembacaan saya tak ada lagi kajian saintifik yang membuktikan keberkesanan sup ketam ni. Ia mungkin satu kebetulan. Tapi bila di kaji betul-betul ramai yang sembuh bila minum sup ketam ni. Yang penting kita mencuba kan. Selain tu, pesakit juga perlu minum air dengan kadar yang banyak dan di syorkan untuk minum air 100 plus bagi membekalkan tenaga.

Dapat saja semua info tu saya terus bagitahu kakak. Kena bersedia walaupun sangat berharap yang dia tidak kena demam denggi. Dia pun minta saya doakan kesejahteraan dia. Pada malam tu saya dah prepare kan diri dengan segala berita. Kalau positif denggi memang saja nak terjah Tawakal tu. Dan Alhmadulillah selepas jam 9 pagi saya call kakak dan dia kata hanya demam panas biasa. Mengucap syukur saya pada masa tu. Syukurlah. Lebih mengembirakan pada jam 11 pagi tu dia dah boleh discharge.

Demam denggi ni tak mengenal siapa pun sebab nyamuk ada dekat mana-mana. Jadi berhati-hatilah. Bersihkan kawasan rumah dan pastikan tiada tempat pembiakan nyamuk di kawasan sekitar anda.

Sekian.