Halaman

28 April 2012

Gejala Selesema

gunakan sapu tangan yang bersih semasa buang mukus

Hari ini entah apa yang tak kena tiba-tiba saja hidung soksek2. Bersin pula sudah yang ke berapa kali pun tak tahu.

Penat baring saya buka Lappy.  Then cari lah apalah gejala selesema ni.

Secara ringkasnya selesema adalah jangkitan virus pada saluran pernafasan. Jangkitan boleh berlaku dari satu individu ke individu lain melalui pernafasan atau persekitaran yang di cemari virus selesama yang terbang ke dalam udara. Seseorang itu juga boleh terkena jangkitan melalui cuaca yang tidak sesuai dengan suhu badan macam terlalu sejuk atau terlalu panas. Apatah lagi kalau seseorang tu mempunyai antibodi yang lemah.

Selesem tak berbahaya kalau tak di ikuti dengan pening kepala atau demam. Tapi kalau dah ada pening-pening kepala tu namanya adalah influenza. So pergilah jumpa doktor cinta.

Terdapat banyak rawatan yang boleh di buat untuk hilangkan selesema antaranya pergi makan ubat yang disyorkan oleh doktor. Tapi kalau jenis tak suka dan malas makan ubat macam saya ini ada satu petua;

Jika sudah 3 kali bersin segeralah pergi ke bilik air dan sedut air perlahan-lahan kedalam hidung. Buat sampai 10 kali atau sehingga hidung rasa lega. Kaedah ni untuk membuang bakteria yang ada di dalam hidung sekaligus mencuci lubang hidung anda.

Dalam Islam juga sebenarnya ada petua untuk mengelakkan diserang selesema. Sebelum mengambil wudhuq disarankan untuk menyedut air perlahan kedalam hidup sebanyak 3 kali. Tujuannya adalah sama untuk membuang bakteria dalam hidung.

Selain itu, anda juga disarankan untuk membuang mukus(hingus) menggunakan sapu tangan  yang bersih dan untuk elak penyebaran kuman cuci tangan setiap kali membuang mukus.

Macam saya ni, bila selesema kegiatan harian rasa terbatas sikit. Apatah lagi saya jenis tak suka makan ubat. Jadi saya senang untuk baring dan tidur saja sebab hidung tak rasa mukus meleleh. Apa-apa pun lepas ni nak pergi cuci hidung. Kuman dah banyak sangat ni.

Sekian. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan