Halaman

28 April 2012

Gejala Selesema

gunakan sapu tangan yang bersih semasa buang mukus

Hari ini entah apa yang tak kena tiba-tiba saja hidung soksek2. Bersin pula sudah yang ke berapa kali pun tak tahu.

Penat baring saya buka Lappy.  Then cari lah apalah gejala selesema ni.

Secara ringkasnya selesema adalah jangkitan virus pada saluran pernafasan. Jangkitan boleh berlaku dari satu individu ke individu lain melalui pernafasan atau persekitaran yang di cemari virus selesama yang terbang ke dalam udara. Seseorang itu juga boleh terkena jangkitan melalui cuaca yang tidak sesuai dengan suhu badan macam terlalu sejuk atau terlalu panas. Apatah lagi kalau seseorang tu mempunyai antibodi yang lemah.

Selesem tak berbahaya kalau tak di ikuti dengan pening kepala atau demam. Tapi kalau dah ada pening-pening kepala tu namanya adalah influenza. So pergilah jumpa doktor cinta.

Terdapat banyak rawatan yang boleh di buat untuk hilangkan selesema antaranya pergi makan ubat yang disyorkan oleh doktor. Tapi kalau jenis tak suka dan malas makan ubat macam saya ini ada satu petua;

Jika sudah 3 kali bersin segeralah pergi ke bilik air dan sedut air perlahan-lahan kedalam hidung. Buat sampai 10 kali atau sehingga hidung rasa lega. Kaedah ni untuk membuang bakteria yang ada di dalam hidung sekaligus mencuci lubang hidung anda.

Dalam Islam juga sebenarnya ada petua untuk mengelakkan diserang selesema. Sebelum mengambil wudhuq disarankan untuk menyedut air perlahan kedalam hidup sebanyak 3 kali. Tujuannya adalah sama untuk membuang bakteria dalam hidung.

Selain itu, anda juga disarankan untuk membuang mukus(hingus) menggunakan sapu tangan  yang bersih dan untuk elak penyebaran kuman cuci tangan setiap kali membuang mukus.

Macam saya ni, bila selesema kegiatan harian rasa terbatas sikit. Apatah lagi saya jenis tak suka makan ubat. Jadi saya senang untuk baring dan tidur saja sebab hidung tak rasa mukus meleleh. Apa-apa pun lepas ni nak pergi cuci hidung. Kuman dah banyak sangat ni.

Sekian. :)

20 April 2012

Panduan Mencari Tempat Praktikal/Latihan Industri

Lama rasa sudah tidak membuat entry di blog tersayang ini. Terlalu sibuk dengan aktiviti sebagai pelajar semester akhir sebenarnya. Jadi hidup kelam kabut sedikit.

Alhamdulillah  saya sudah mendapat tempat praktikal untuk bulan julai hingga oktober nanti. Teringat pula kesusahan dan benda bodoh yang saya buat semasa mencari tempat praktikal dulu. Harap apa yang saya kongsi ini berguna untuk kawan semua.

1) Sediakan resume.
Syarat: Tak perlu nak fikirkan resume gempak sangat yang penting butir peribadi yang di sediakan adalah tepat dan tidak meleret-leret. Oleh itu resume mesti 2-3 pages sahaja. PENTING! Jangan ada kesalahan ejaaan. Penting kerana majikan akan melihat tahap ketelitian anda dalam membuat kerja. Kalau tulis benda ringkas dan mudah sahaja pun sudah salah, terlalu sukar untuk anda menarik kepercayaan majikan. Apatah lagi kita tak ada pengalam berkerja. INGAT First Impression untuk majikan adalah penting sekali!

Contoh surat


KIM RAZEL

                                                                                                                                 
PERSONAL PARTICULARS
  


NRIC No.                  :           89....
Address                      :           No 89 Taman Indah
                                               Negeri Aman Makmur
                                               Malaysia
Handphone No.          :           017-581
Email                          :           azwinaien@gmail.com
Age                            :           23 Year Old
Gender                       :
Marital Status             :           Single
Ethnic                         :           Malay
Nationality                  :           Malaysian
EDUCATION

 


Highest Education

( July 2009-2012 )
Level                          :           Degree
Field of Study             :           Business Administration       
Institute / University    :           Universiti Utara Malaysia
CGPA Estimated        :           
Graduation Date         :           End of June 2012 except convocation

Others

( May 2005-May 2006 )
Level                          :           STPM
Institute / University     :           Sek.Men.Keb Indah Permai
CGPA                        :           
Graduation Date          :           

Sek. Men. Keb. Indah Permai ( January 2002 -Disember 2006 )
Grade  SPM                :
COURSEWORK
 

Major Course :

Entrepreneurial Behavior and Skill
Brand Management  
Strategic Management  
Seminar in Management Thinking  
Research Methodology  
Management Information System  
Introduction to Entrepreneurship
Entrepreneurship
Principle of Marketing    
Organizational Behavior 
Management Ethics
Theory Practice of Islamic Business   
Islamic Business and Social Responsibility

Other Course :

Islamic and Asian Civilization
Nationhood of Malaysia
English for Communication I
English for Communication II
Process Writing
Introduction to Entrepreneurship
Mathematics for Management
Introduction to Statistic
Applied Statistics
Computer Application in Management
Introduction to Social Science
Malay Language Management
Introduction to Accounting
Introduction to Management


COURSE/SEMINAR ATTENDED

 

Sept 2011        :  Participant of Youth Defined: Shape Your Future (ETP/GTP)
April 2011      :  Participant of ‘Seminar Pelaburan Unit Trust’ course by Leadership and    
                           Developmment DPP Sme Bank UUM
August 2010    : Participant of Program Kecemerlangan Akademik Mahasiswa & Mahasiswi
Julai 2008        : Participant of Kursus Kepimpinan Pengawas
May -             :  Participant of ‘Program JatiDiri Kesukarelaan Nasional (PJKN)”    
June 2007         


Proficiency     : Advanced - Highly experienced; Intermediate - Familiar with all the basic
  functionalities; Beginner - Just started using or learning the skill

Skill
Proficiency
MS Office
Advanced
IT-related skill
Intermediate
Typing
Advanced
LANGUAGES


 



Proficiency     : 0 = Poor –> 10 = Excellent

Language
Spoken
Written
Read
Bahasa Malaysia
10
10
10
English
6
7
7



ACTIVITIES

 

November 2011          : Participant of Kembara dan Rekreasi Tahap 2
October 2011              : Publicity Bureau Inikah Cinta
October 2011              : Participant of Rakan Muda Explorace
April 2011                   : Participant of Fizikal Sihat Minda Cergas
April 2011                   : Participant of ‘Merentas Desa'
March 2011                 : Member of Earth Hour 2011
February 2011            : Participant of Sukan Universiti Utara Malaysia ( Trek dan Padang)
October 2010             : Participant of Perbarisan Konvokesyen Kali Ke-23 Sidang Ke -2.
September 2010         : Partipicat of Kembara dan Rekreasi Tahap 1
June 2010                   : Participant of Karnival Kejohanan Sukan Universiti Utara Malaysia 2010.
January 2007-
March 2007.               : Participant of Nation Service Training Program (PLKN) 2007
December 2008          : Member of Sidang Redaksi Sek. Men.Keb.Indah Permai
PREFERENCE
 
   
Coordinator COB
College of Business,                                     
Universiti Utara Malaysia,                            
06010 Sintok, Kedah                                    
Tel. no : 04-928 5057            


2) Surat Permohonan
Syarat: Sama macam resume. Jangan ada kesalahan ejaan. Kalau boleh buat padat dan ringkas. Macam saya buat satu page saja. Terus nyatakan tujuan anda. Tak payah ayat berbunga-bunga.

Contoh Surat permohonan:


No 90, Taman Indah,
Negeri Aman Makmur,
Malaysia,

11 April 2012

Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Dataran gemilang, Precint 5,
Federal Government Administrative Centre,
Prime Minister Department,
62000 Putrajaya, Selangor.

U/P: Pegawai Bahagian Pentadbiran(HRM)

Tuan/Puan,

Permohonan Untuk Menjalani Latihan Praktikal

Saya, Kim Razel pelajar Universiti Utara Malaysia, mengikuti program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan Kepujian. Saya akan tamat pengajian pada semester hadapan (Jun 2012) dan perlu menjalani Latihan Praktikal sebagai syarat pengijazahan. Saya akan menjalani Latihan Praktikal selama 4 bulan iaitu pada awal bulan Julai 2012 sehingga Oktober 2012
2) Sukacita saya sekiranya Tuan/Puan dapat menerima saya sebagai pelatih di organisasi Tuan/Puan untuk memenuhi keperluan Latihan Praktikal saya. Saya memilih organisasi Tuan/Puan kerana saya ingin mendapatkan pengalaman dan pendedahan dalam alam pekerjaan amnya dan perkara yang berkaitan dengan sektor pekerjaan organisasi tuan.

3) Bersama ini saya lampirkan resume saya untuk rujukan Tuan/Puan, serta borang penerimaan/penolakan untuk tindakan Tuan/Puan. Sebarang pertanyaan pihak tuan/puan boleh menghubungi saya di talian 017-581---- atau email kepada saya azwinaien@gmail.com


Sekian, Terima Kasih.



(Kim Razel)


{ Ringkas kan. Tak payah nak bersastera sangat okey.}

3) Surat permohonan dan resume anda jika ada surat dari universiti masing-masing sila lampirkan sekali. Macam University saya kena lampirkan dengan surat penerimaa organisasi.

REALITY PERMOHONAN KIM RAZEL.

Saya ni terlebih rajin sikit. Saya sibuk buat research kat blog-blog dengan senior-senior lama petua mencari tempat praktikal. Maka jawapan yang saya simpulkan sendiri kena cari organisasi banyak-banyak sebab susah nak dapat jawab katanya. Lepas tu kena tunggu lama. Ada yang kata pelajar praktikum ni tak berapa di mahukan sangat. Saya yang punya takut terus cari organisasi banyak-banyak dekat internet. 

Saya hantar ke 11 organisasi. Masa dan duit memang banyak habis lah. Tapi sebenarnya tiga hari selepas saya hantar surat permohonan sudah ada satu organisasi yang terima. Alhamdulillah tarik nafas lega. Dapat juga kat mana-mana kan. Daripada tak dapat langsung.

Tapi bila hari kelima selepas penggantaran surat permohonan, surat jawapan dari organisasi lain juga tiba. Pelik sudah. Kata susah nak dapat. Okey kena pilih lah ni organisasi mana yang okey.

Semakin pelik, selepas tiga minggu jawapan permohonan daripada surat, email dan panggilan telefon menderu diterima. Sampai saya rasa serba salah. Kenapa boleh jadi macam ni? Itulah banyak sangat hantar surat permohonan. Sekarang Amik Kau!

Setelah menimbang sebaik-baiknya. Memikirkan soal penginapan dan pengangkutan saya memilih satu organisasi di Sepang. Tapi hati rasa ralat dengan tempat lain. Macam rasa bersalah pula. Sekarang kena tulis 9 surat penyataan maaf kerana menolak pula. Adui.. Kalau boleh macam nak pergi semua tempat saja.

Akhir kata pilih lah organisasi betul-betul. Pergi call organisasi dan tanya betul-betul. Insya'allah kalau kita bersungguh-sungguh pasti Tuhan permudahkan. Lazimnya tempoh masa penerimaan atau penolakan permohonan boleh diketahuai dalam masa dua minggu hingga ke dua bulan.

Sekian.