Hari ini saya teramat sedih. Tak sangka bila membuka portal dan check result pointer jatuh. Kenapa ini terjadi? Puas saya berfikir sehingga menjadi lelah dengan pelbagai andaian.
Memang tidak di nafikan semester-semester sebelum ini saya selalu mendapat pointer yang cukup-cukup makan. Tapi Alhamdulillah semasa semseter 4 saya berjaya mendapat keputusan yang memberangsangkan walau masih tidak berupaya mendapat anugerah dekan. Tapi saya tetap bersyukur.
Tapi tadi, saya terus terdiam, saya pandang keputusan itu lama. Tak tahu nak beri reaksi apa. Walaupun tak ada repeat paper tapi ada tiga paper yang cukup-cukup makan. Tapi patutnya saya patut bersyukur kerana satu paper Financial Management 1 selalunya sering membuatkan pelajar lain meraung kegagalan. Tapi saya tetap rasa hampa.
Sebenarnya, ini semua adalah silap diri sendiri. Tidak dinafikan saya sangat fokus semasa minggu peperiksaan dan saya percaya ia membantu saya lulus dalam peperiksaan. Malah semau assignment dan projek saya jayakan dengan bersungguh-sungguh. Kenapa saya masih dapat keputusan bergini? Bila di ingatkan kembali baru saya sedar kesilapan terbesar adalah tidak fokus semasa peperiksaan pertengahan semester. Itulah silap saya. Terlalu mengambil ringan soal peperiksaan pertengahan semester. Saya ingat lagi, setiap kali peperiksaan pertengahan semester, saya hanya membaca dan mengulangkaji pada saat-saat akhir sahaja. Malah kadang kala saya tak mengulangkaji langsung. Masuk ke dewan peperiksaan dengan otak yang kosong. Memang itu lah silap saya. Dah tahu Bodoh tapi belagak Pandai. Sekarang rasakan. Padan Muka untuk diri sendiri.
Kebetulan, hari ini khamis dan saya memgambil keberkatan malam jumaat dengan membaca surah Yassin. Tidak sampai separuh bacaan surah Yassin suara mula menjadi serak dan air mata tiba-tiba jatuh ke pipi. Ya saya sedih. Airmata saya begitu murah rasanya waktu itu. Terus keluar tanpa henti.
Tapi, terasa aneh di dalam hati, tiba-tiba selepas saya menanggis, ketenangan itu muncul dalam diri. Kemudian barulah saya sedar, Allah lah tempat kita mengadu. Penat saya cuba menyembungikan perasaan sedih pada ahli keluarga tapi bila berhadapan dengan-Nya segalanya terbongkar dengar sendiri. Syukur Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya. Dia beri ujian untuk kuatkan diri saya. Kini saya sedar, merapati kekecewaan lalu bukanlah keputusan yang bijak.
Kini saya mula merangka di dalam minda. Walau apa pun, saya perlu berusaha mendapatkan anugerah dekan untuk semester hadapan dan juga adalah semester terakhir saya di University. Harap saya akan terus istiqamah untuk kejayaan diri sendiri. Amin.