Halaman

18 Oktober 2011

Balik Kampung!

Tanpa sedar rupanya masa berlalu dengan pantas sekali. Minggu depan dah cuti mid sem. Oh betul tak tipu! Macam tak nak balik cuti. Kerja banyak tak settle lagi. Assignment ada 3 lagi yang perlu di hantar minggu depan. Tolonglah masa merangkaklah dengan kelajuan yang paling perlahan.

Teringta pula masa semester satu dulu. Asyik tengok calendar saja mengira hari nak bercuti. Tiket sebulan awal dah beli. Memang excited gila. Maklumlah rumah dekat hujung selatan, belajar pulak kat hujung utara. Memang bercinta lah tiap kali nak balik rumah.

Bila sampai rumah fulamak.. syukur alhamdulillah. Semua makanan kat umah tu kalau boleh nak dihabiskan. Bukan tak penah nampak. Tapi kalau kat U gerenti fikir banyak kali nak menikmati makanan sesedap di rumah. Duit boleh melayang banyak tu. Ada saja kat rumah, penyakit M mesti timbul dengan sendirinya. Bangkit tidur selagi mak tak menjerit bangun jangan harap lah nak bangun. Nak tolong mak masak jauh sekali. Mengemas semestinya serabut tengok sepah-sepah nie.

Bila dah nak masa balik U semula, hati menjadi sayu. Oh... Saya tak mahu pulang. Tapi perlu juga pulang. Perjuangan masih panjang. Mak Abah akan pesan lah banyak-banyak. Adik pun mesti tanya

"ko bila cuti lagi?"

Suka ayat tu, dia rindu lah nanti tu. Tapi part paling disukai, ada lah dapat duit dari Mak Abah. Senyum lebar sambil kenyit-kenyit mata kat adik sebagai isyarat " kau tak dapat kan!" saja nak bagi hangin.

Sampai U saja jumpa kawan-kawan makan bekalan yang di bawa dari kampung halaman masing-masing. Memang syok waktu ni. Borak-borak sambil menghabiskan masa kan. Sapa tak suk. Lepas tu mula lah sibuk dengan exam mid sem dan menyiapkan assigment. Tapi masa ni assignment semua kira kacang goreng lagi. Buat last minute pun sempat lagi. Smabil sibuk-sibuk tu pun sempat lagi nak tengok calendar nak mengira tarikh nak cuti lagi. Hai cuti dan terus cuti.

Tapi sekarang... Lain betul. Betul lah senior-senior dulu pernah berkata " korang rasa nak mengira cuti saja masa awal-awal sem nie, bila dah start sem 4 memang tak sempat nak fikir pasal cuti pun.". Ya betul sekali. Sekarang ingat tarikh start cuti 26hb 10 2011. Dalam otak selalu cakap lama lagi. Tak tanpa sedar rupanya tinggal beberapa hari saja. hahaha kelakar tiket pun tak dan nak beli. Aduhaaii dunia. memang berubah 100%.

Sekarang ni memang tak sabar nak balik tapi minta dilambatkan sikit masa itu berlalu. kerja banyak sangat ni. Rasa macam nak meraung-raung saja rasa bila tengok calendar. Aish..

9 Oktober 2011

Belanjawan Bajet 2012


Sebenarnya Kim tak pernah berminat  ambil tahu pasal rancangan kerajaan selama ini. Kesedaran itu hanya tiba bila lecturer Kim cakap bahawa tempoh pesaraan bagi pekerja kerajaan dilanjutkan kepada 60 tahun. OMO... OMO.. terus Kim excited. Kesedaran telah wujud! Hasil daripada meng'google' di sesawang internet inilah input yang Kim dapat.



Pelajaran
  1. Pemberian baucar buku sebanyak RM200  kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.
  2. Yuran pendidikan di sekolah rendah dan menengah kerajaan akan dimansuhkan.
  3. Semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 akan menerima bantuan persekolahan sebanyak RM100.
Bantuan
  1. Bantuan sebanyak rm500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos.
  2. Skim Amanah Rakyat (SARA 1Msia) akan memanfaatkan 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.
  3. Caj pendaftaran pesakit luar bagi warga emas berusia 60 tahun dan ke atas di semua hospital dan klinik kesihatan dikecualikan bermula 1 Januari 2012. Mereka juga akan diberi diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel.
  4. Kerajaan akan memberi sumbangan kepada wirawan dan wirawati negara sebanyak RM3000 secara one-off kepada setiap bekas anggota serta duda dan balu mereka yang kesemuanya berjumlah hampir 62,000 orang.
  5. Kerajaan akan memperuntukkan 400 juta ringgit bagi kerja-kerja menaik taraf infrastruktur bekalan air secara berperingkat di kawasan-kawasan FELDA yang terpilih.
Kerjaya
  1. Kerajaan mencadangkan supaya caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan 5,000 ringgit dan ke bawah.
  2. Kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred jawatan. Bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.
  3. Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan.
  4. Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit.
  5. Dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai.
  6. Penjawat awam akan dilanjutkan umur persaraan wajib mereka dari 58 tahun kepada 60 tahun.
  7. Satu program khas akan diperkenalkan untuk 175,000 anggota tentera yang tidak layak menerima pencen.
  8. RM500 juta diperuntukkan untuk dana komersial inovasi PKS.
  9. Bonus tambahan setengah bulan gaji akan diterima oleh kakitangan kerajaan dan bayaran bantuan sebanyak RM500 akan disalurkan kepada pesara kerajaan.
  10. Bagi sektor swasta, galakan cukai diberikan dengan potongan dua kali ke atas perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat dalam melaksanakan program Internship, potongan dua kali ke atas pemberian biasiswa dan potongan dua kali ke atas perbelanjaan bagi menyertai pameran kerjaya di luar negara.
Cukai
  1. Pelepasan cukai baru sehingga 3 ribu ringgit ke atas caruman dalam Skim Persaraan Swasta yang sebelum ini dikenali sebagai Dana Pencen Swasta dan anuiti insurans selama 10 tahun.
Perumahan
  1.  RM63 juta diperuntukkan untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai.
  2. RM40 juta diperuntukkan untuk baik pulih dan menyelenggara rumah kos rendah awam dan swasta.
  3. 7,700 unit rumah akan dibina di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja. Harga rumah yang ditawarkan di bawah skim ini lebih rendah berbanding dengan harga pasaran disebabkan tanah dan dana mudahcara disediakan kepada pemaju.
  4. Bagi memenuhi permintaan rumah golongan berpendapatan kurang daripada 3,000 ringgit, Kerajaan telah melancarkan Skim Rumah Pertamaku pada Mac 2011. Untuk menambah baik skim ini, Kerajaan mencadangkan had maksimum harga rumah dinaikkan daripada 220 ribu kepada 400 ribu ringgit.
  5. Kerajaan akan mewujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan dengan peruntukan 300 juta ringgit untuk membina dan membaik pulih rumah mereka agar menjadi lebih selesa dengan prasarana asas.
  6. Kerajaan akan terus melaksanakan Progam Perumahan Rakyat (PPP) di seluruh negara dengan membina 75,000 unit rumah mampu milik.
Subsidi
  1. Bagi setiap liter petrol RON95, harga asal 2 ringgit 75 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 90 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 85 sen atau 31 peratus dari harga sebenar.
  2. Bagi setiap liter diesel, harga asal 2 ringgit 66 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 80 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 86 sen atau 32 peratus dari harga sebenar.
  3. Bagi setiap tong 14 kilogram gas memasak, harga asal 48 ringgit 2 sen, rakyat hanya bayar 26 ringgit 60 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 21 ringgit 42 sen atau 45 peratus dari harga sebenar.
  4. Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal 2 ringgit 40 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 80 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 60 sen atau 25 peratus dari harga sebenar.
  5. Bagi setiap kilogram gula, harga asal 2 ringgit 50 sen, rakyat hanya bayar 2 ringgit 30 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 20 sen atau 8 peratus dari harga sebenar.
  6. Bagi setiap kilogram minyak masak, harga asal 4 ringgit 75 sen, rakyat hanya bayar 2 ringgit 50 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 2 ringgit 25 sen atau 47 peratus dari harga sebenar.
  7. Bagi setiap kilogram tepung gandum, harga asal 1 ringgit 90 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 35 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 55 sen atau 29 peratus dari harga sebenar.
Projek
  1. Projek landasan kereta api berkembar Gemas – Johor Bahru;
  2. Projek Lebuhraya Pantai Timur Jabor – Kuala Terengganu, Lebuhraya Pantai Barat Banting – Taiping, Lebuhraya Segamat – Tangkak dan Lebuhraya Central Spine serta pembinaan jalan Kota Marudu – Ranau
  3. Pembangunan semula Pangkalan Udara Sungai Besi Kuala Lumpur.
  4. Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit untuk mengatasi masalah banjir.
Copy and paste dari http://www.akupenglipurlara.com

Pada Kim yang baru nak amik tahu pasal dasar kerajaan ini memang tak tahu nak cakap lebih-lebih. Tapi ada macam-macam perasaan yang timbul.

Kalau lah umur pesaraan 60 tahun, apa akan jadi pada Kim bila dah habis degree nanti. Tinggal setahun saja pengajian. Nak melanggut saja didepan tangga kah. Nak kerja kilang? Tak salah, malah Kim pernah beberapa kali bekerja kilang, tapi apa gunanya sijil akademik yang kita miliki jika ia hanya berfungsi sebagai hiasan. Sungguh tak dapat bayang dengan jumlah graduan universiti yang semakin meningkat kini apakah nasib kami nanti. Maaf  jika Kim katakan ini salah satu penyebab masalah pengangguran    di Malaysia.  Umur persaraan sampai 58 tahun pun Kim dah rasa tak senang duduk inikan pula 60 tahun. Tak pa lah tuah ayam nampak di kaki,  tuah manusia sapa yang tahu (ayat nak sedapkan hati sendiri).

Satu benda ni Kim suka tapi mungkin tak berapa nak excited sangat lah. Mengenai yuran sekolah yang telah dimansuhkan. Alhamdulillah senang dah budak sekarang nak pergi sekolah. Bukan macam Kim dulu adik beradik ramai, abah bersusah payah melangsaikan hutang yuran sekolah. Tapi Syukurlah 4 orang dah berjaya ke menara gading dan 3 orang sudah mendapat pekerjaan yang sesuai. Lebih seronok, rupanya ada baucar buku sebanyak RM200 untuk pelajar IPT. Meringgankan beban sangat. Sebab untuk semester ini saja Kim sudah memperuntukkan RM300 untuk pembelian buku teks. Memang ngam sangat lah kan. Tapi keciannya Kim sekarang dah semester 5. Dapatlah menikmati skim ini untuk pertama kalinya dan terakhir kalinya untuk semester depan . Syukur rezeki tuhan. 

4 Oktober 2011

Saya Faham Cikgu



Tengah sibuk-sibuk mengarang ayat untuk assignment ni. Tetiba teringat kata-kata cikgu Kim mase Form 6 dulu. Cikgu Kim ni cikgu kaunseling dekat sekolah. So dia selalu lah melepak-lepak dengan kami. Bercerita sampai tak hengat dunia! Then ada satu masa tu cikgu Pengajian Am tak masuk kelas sebab dia pergi kursus. Bebel punya bebel( nasihat sebenarnya) Dia tanya Soalan ini'

" Apa cabaran sebenar bila awak semua masuk Universiti?"

Masing-masing memberikan pendapatnya. Ada yang cakap cabaran bila hidup kat bandar akan mudah kena kejutan budaya. Maklumlah kami ini hidup dikawasan pendalaman. Otak suci lah kononnya. Lepas itu ada yang kata cabaran besar bila hidup jauh dengan ibu bapa, macam-macam boleh terjadi. Buat semua ikut kepala sendiri. Iman kene kuat. Last-last bila time Kim pulak disoal, kim dengan bangga berkata mungkin cabaran assigment yang berlambak. masa itu cakap penuh confident. Tak tahu lagi assignment tu rupanya macam mana.   Ha sekarang hamik kau assignment berlambak, apa yang kita cakap itu satu doa tahu. Tapi yang pelik  semua jawapan yang kami berikan cikgu tak cakap pun betul atau salah. Yang masih Kim teringat dia kata.

"bila awak semua dah berjaya masuk universiti nanti awak tahu jawapannya"

????? OMO  OMO??? kami terkelu. Tapi lepas itu dia beritahu lah. Alam di Universiti ni sangat mencabar. Ramai orang yang terjerumus buat benda yang tak baik. macam-macam yang dia cerita yang menjadikan Kim  ni taubat sekejap lah.

S E K A R A N G

 Kim dah sangat-sangat faham dengan soalan dan jawapan cikgu kaunseling Kim tu.. Masuk Universiti ni memang penuh cabaran. Terlalu banyak onak duri yang perlu ditempuhi dan terpaksa Kim akui, Kim pernah hampir tersungkur longlai dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar universiti.

Bila dah masuk U ni BERDIKARI sangat penting pada Kim. Family dah jauh. Semua kita kene uruskan sendiri. Dari hal kecik, yang remeh temeh kita anggap selama ni sampai lah perkara yang akan menentukan masa hadapan kita kene fikirkan sendiri. Sangat merumitkan. Sekarang pagi-pagi dah kene bangun sebab nak basuh baju. Berebut washing machine sebab malas basuh baju guna tangan. Cabaran tu. Lepas tu kene bajet duit makan lagi, duit tuk berlibur, duit tuk print out slide, duit tuk yuran persatuan, duit tuk jamua, duit tuk kerja assignment, duit tuk projek itu, projek ini, duit, duit dan duit. Duit memang memeningkan kepala otak.

Bila masuk U ni pulak yuran dah termasuk dengan pakej WiFi lagi lah cabaran. Blogwalking sana, youtube sini. Kang kejap-kejap FB tuk update status. Kebanyakan masa memang banyak dihabiskan dihadapan Laptop. Itu tak kira lagi bila dah angau dengan cerita korea, jepun dan taiwan. Kadang-kadang terskip kelas sebab over tengok cerita sampai jam 3 hingga 4 pagi. Ini lah jadinya bila tak ada self management.

Bila nak Final pula, baru lah sedar sikit tanggungjawab seorang pelajar adalah belajar. Masa ini lah baru nak terkejar-kejar cari nota. Malah Kim penah nampak seorang manusia ni esok petang nak exam, malam tu baru nak fotokopi buku teks kawan. Sempat ke nak baca?  Entah lah. Dia genius kot.

Lebih mencabar dapat pula kawan-kawan yang kita tak tahu nak definisikan akan mempengaruhi kita ke arah kebaikan atau keburukan. Rasanya setakat ni tak penah lagi dapat kawan yang jahat terlebih. Nakal-nakal ada lah. Tapi kalau semua nakal kan tak elok jugak. Itu yang benda baik terus dilupakan. Dapat lagi kawan yang satu kepala yang tak betul dan mereng. Alamat tunggang terbalik lah hidup. Kita nak berkawan boleh tapi kene ada adat. Pendirian kene teguh supaya tak mudah terpengaruh buat benda yang tak elok. Kim tak nak lah cerita bab kawan-kawan ni. Libatkan Hati dan perasaan. Tapi Kim memang tak ada simpan dendam pada sesiapa. Sebab kawan Kim semua baik-baik!

Setelah puas melalut. Kini memang Kim dah faham cakap cikgu kim tu. Tapi itu lah tak terluah ayat yang benar-benar bombastik untuk menjelaskan kefahaman Kim. Tapi Kim sedar dan tahu apa sebenarnya cabaran hidup di alam uniersiti ini.

Jadi sekarang masa untuk Kim sambung buat assigment semula. Otak pun dah relax.

Dengan ini Kim meyambung buat assigment semula ya..